Berahino pilih negara kelahiran

0
472
Advertisement



PENYERANG Stoke City, Saido Berahino diberikan lampu hijau untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Burundi selepas Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) meluluskan permohonannya untuk menukar status kerakyatan.

Perkembangan itu disahkan oleh Persekutuan Bolasepak Burundi (FFB), semalam.

Berahino, 25, bermain untuk England bagi skuad bawah umur 16 tahun hingga 21 tahun dan turut dipanggil menyertai skuad senior bagi kempen kelayakan Euro 2016 tetapi tidak membuat sebarang penampilan.

Dia sebelum ini menolak tawaran daripada Burundi yang juga negara kelahirannya. 

Ketika berusia 10 tahun, Berahino bersama ibu serta adik-beradiknya melarikan diri berikutan perang saudara dan mencari perlindungan politik di Britain.

Dia boleh membuat penampilan sulung bersama Burundi bagi aksi kelayakan Piala Negara-Negara Afrika bulan depan menentang Gabon.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here