Berang anak asyik meragam, bapa pukul bayi empat bulan sampai mati

0
20

HANYA kerana bayi tidak berhenti menangis, seorang bapa dari Pennsylvania sanggup memukul anak perempuannya yang baru berusia empat bulan sehingga mati.

Suspek, George Gazzam, 30 tahun, mendakwa bayi itu terjatuh dari tempat tidur di kediaman mereka di Mount Lebanon pada Ahad.

Namun, pemeriksaan perubatan menunjukkan Victoria Gazzam mengalami pendarahan otak, kerosakan buah pinggang, luka pada jantung, patah tulang rusuk, luka di belakang badan dan kepala, serta pendarahan di belakang mata.

Menurut pegawai koroner Christine James, kecederaan pada bayi itu bagaimanapun tidak sepadan dengan dakwaan bapa mangsa. 

Ketika disoal siasat, suspek mengubah cerita dan akhirnya mengaku memukul anaknya beberapa kali kerana asyik “meragam”.

“Bayi berhenti bernafas dan matanya berpusing ke belakang,” kata suspek kepada polis.

Ketika kejadian, ibu mangsa sedang bekerja, kata polis seperti yang dipetik oleh Daily News. 

Suspek kini ditahan dan bakal didakwa atas tuduhan mencederakan kanak-kanak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here