Berang dituduh curi mangga, lelaki penggal kepala bapa

0
45
Advertisement

SEORANG lelaki dihadapkan ke mahkamah selepas ditangkap kerana memenggal kepala bapanya dengan kapak gara-gara tidak tahan dituduh mencuri buah mangga.

Clemence Hove dari Fort Rixon, iaitu sebuah perkampungan di Zimbabwe telah bertindak merodok bapanya dengan kayu sebelum memenggal kepala lelaki terbabit menggunakan kapak beberapa kali.

Menurut jiran, lelaki berusia 37 tahun itu ‘naik hantu’ secara tiba-tiba setelah bertengkar mulut dengan bapanya kerana dituduh mencuri buah mangga milik bapanya.

Ketika pergelutan berlaku, bapanya Nicodimus Chibaro 73, sempat meminta cucunya mendapatkan bantuan kerana Clemence dilihat seperti sudah hilang akal ketika menyerangnya, Lapor Chronicle.co.zw.

Clemence ditangkap oleh penduduk kampung ketika cuba melarikan diri.

Majistret melanjutkan tahanan reman sehingga 9 Februari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here