'Berbeza selepas bergelar bapa'

0
330
Advertisement



PENGARAH filem terkenal Syamsul Yusof mengakui sukar berjauhan dengan anak sulungnya, Syaikhul Islam yang kini mencecah usia 14 bulan.

Menurut Syamsul, 34, paling lama dia pernah berjauhan dengan anak lelakinya itu ialah selama sebulan ketika penggambaran filem Mat Kilau di Perak sebelum ini.

“Jika nak diikutkan, saya memang tidak suka diganggu ketika bekerja kerana takut hilang fokus tetapi ia berbeza selepas bergelar bapa kepada Syaikhul.

“Malah, saya yang meminta isteri untuk datang bawa anak ke lokasi penggambaran filem Mat Kilau untuk melepas rindu padanya sebelum ini,” katanya.

Sesibuk manapun, suami kepada pelakon Puteri Sarah ini tetap akan menghubungi untuk bertanya khabar anak dan isteri di rumah.

“Sebelum pergi kerja, rutin saya ialah mencium anak terlebih dulu.

“Saya juga akan buat ‘video call’ untuk melihat keadaan anak di rumah ketika melakukan proses suntingan filem ketika di pejabat mahupun di lokasi penggambaran,” katanya kepada Harian Metro.

Mengenai perancangan untuk menambah anak, pelakon dan pengarah filem Munafik 2 ini berkata, dia dan isteri sudah bersedia pada bila-bila masa.

“€œMaklumlah, Syaikhul sudah besar sikit dan semakin aktif sekarang.

“Saya dan isteri pula memang sudah bersedia untuk mendapat anak kedua tetapi semuanya bergantung pada rezeki dari Allah SWT,” katanya.

Ditanya pembabitan Puteri Sarah dalam

bidang lakonan, Syamsul berkata, dia tetap tidak membenarkan isterinya kembali dalam bidang lakonan.

“Saya mahu isteri fokus pada anak kerana saya sendiri masa kecil dulu dibesarkan oleh orang gaji kerana mama dan papa sibuk bekerja untuk menyara keluarga.

“Saya boleh pertimbangkan jika isteri ingin terbabit dalam bidang pengacaraan.

“Selain fokus pada rumah tangga, isteri juga sibuk dengan bisnes tudungnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here