Berdamai: Seoul-Pyongyang setuju adakan perbincangan ketenteraan

0
57
Advertisement

SEOUL: Korea Utara dan Korea Selatan sepakat bersetuju mengadakan perbincangan ketenteraan bagi meredakan ketegangan kedua negara, menurut kenyataan yang dikeluarkan Seoul.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat peringat tertinggi yang pertama sejak dua tahun yang berlangsung pada Selasa.

Antara lain, dalam  perbincangan yang berlangsung selama 11 jam itu, Pyongyang juga memaklumkan akan menghantar delegasi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang bakal berlangsung pada Februari ini di Seoul.

Kenyataan itu juga menyebut, Seoul meminta negara jirannya itu menghentikan permusuhan yang menimbulkan ketegangan di Semenanjung Korea dan sebagai balasan, Pyongyang bersetuju untuk berdamai demi keamanan di rantau berkenaan.

Rundingan dua negara itu dipantau rapi oleh para pemimpin dunia untuk melihat tanda-tanda pengurangan ketegangan disebalik kebimbangan pelancaran peluru berpandu dan  pembangunan senjata nuklear Korea Utara yang secara terangan membantah resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Terdahulu pada awal Selasa, Seoul berkata ia bersedia menamatkan beberapa sekatan buat sementara waktu supaya pegawai-pegawai Korea Utara dapat ke Seoul untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Menurut Korea Utara, delegasinya akan terdiri daripada atlet, pegawai tinggi kerajaan, skuad penyokong, pelukis seni serta wartawan dan penonton.

Sebelum ini, Korea Selatan mengharamkan beberapa pegawai Korea Utara dari memasuki negara sebagai balasan terhadap pelancaran  peluru berpandu dan program nuklear Pyongyang, meskipun mendapat tentangan antarabangsa.

Bagaimanapun, beberapa pegawai Korea Selatan melihat Sukan Olimpik sebagai peluang yang mungkin dapat mengurangkan ketegangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here