Berdepan bintang Piala Dunia

0
36
Advertisement



KUALA LUMPUR: Saingan bola sepak Sukan Asia di Indonesia bulan depan bukan pentas biasa buat pemain negara apabila pasukan gergasi Asia cukup serius untuk merebut kejuaraan.

Biarpun hanya membabitkan skuad bawah 23 tahun (B-23), peraturan untuk membenarkan setiap pasukan menurunkan tiga pemain lebih umur bakal menyaksikan barisan pemain bintang yang baru beraksi di Piala Dunia Russia turut boleh mengambil bahagian.

Korea Selatan dilaporkan akan menggunakan khidmat penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min dan pemain terbaik ketika menyingkirkan juara bertahan Jerman di Piala Dunia iaitu penjaga gol Cho Hyun-woo dalam skuad mereka.

Ini memberi bayangan awal betapa sukarnya cabaran bakal ditempuhi anak buah Datuk Ong Kim Swee dalam saingan Kumpulan E yang turut membabitkan Kyrgyzstan dan Bahrain.

Selain Korea Selatan pasukan Piala Dunia seperti Jepun, Australia, Iran dan Arab Saudi juga bakal menggunakan pengalaman pemain di Piala Dunia Russia untuk merebut gelaran.

Bagaimanapun situasi agak berbeza di Malaysia apabila nasib untuk Kim Swee memanggil pemain terbaik B-23 termasuk tiga pemain lebih umur belum pasti apabila sukar mendapat pelepasan pasukan masing-masing.

Ini kerana tarikh saingan Sukan Asia Indonesia bermula 14 Ogos hingga 1 September bertembung dengan kempen Piala Malaysia.

“Kita tahu kualiti pemain seperti Son (Heung-Min) yang beraksi di pentas tertinggi dan apabila Korea Selatan menurunkan pemain terbaik mereka. Ini membuktikan betapa serius saingan Sukan Asia buat mereka.

“Saya percaya dengan kehadiran nama besar yang beraksi di Piala Dunia akan menjadikan saingan lebih mencabar serta melonjakkan pentas ini ke tahap lebih tinggi. Jadi kita harus gunakan kesempatan ini bukan saja untuk menimba pengalaman malah memberikan saingan dengan menurunkan skuad terbaik,” katanya.

Pada Sukan Asia Incheon 2014, Kim Swee memanggil pemain senior Brendan Gan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Nor Farhan Muhammad untuk memperkuatkan pasukan. namun Malaysia terkandas di pusingan awal.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here