Berduet dengan Sean Kingston, mampukah Kilafairy ke peringkat antarabangsa?

0
68
Advertisement

Percubaan Kilafairy menembusi pasaran antarabangsa berhasil apabila berjaya merakamkan sebuah lagu duet berjudul Put The Word In dengan penyanyi Hollywood, Sean Kingston.

Percaya akan kekuatan melodi dan lirik lagu itu, kata Kilafairy dia juga mempertaruhkan kepercayaan penuh kepada syarikat pengurusannya, Paranormal untuk merencanakan perjalanan lagu tersebut.

“Saya masih bayi dalam industri nyanyian dan kolaborasi ini merupakan perkara yang terbesar yang pernah berlaku dalam hidup saya.

“Ya, memang harapan saya untuk terbang lebih tinggi ke peringkat antarabangsa.

“Saya sudah pun melakukan sehabis baik dan seikhlas hati malah stail tarian yang lain daripada lain pun akan dipertontonkan dalam muzik video ini.

“Selebihnya saya serahkan kepada pengurusan saya untuk mengatur strategi untuk mempromosikan lagu ini,” katanya ketika majlis pelancaran single Put The Word In di Pavilion Elite, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Put The Word In turut menampilkan kolaborasi antara Kilafairy, DJ Aku Ash dan Sean Kingston dalam lagu berentak funky pop.

Untuk rekod, Kilafairy bukan artis pertama yang berduet dengan artis antarabangsa.

Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff dan Jaclyn Victor misalnya pernah merakamkan lagu bersama artis antarabangsa sebelum ini. –  Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here