Berebut Kashmir, wilayah "Switzerland Asia" terus bermandi darah

0
112
Advertisement

KASHMIR: Sejak lebih tiga dekad lalu, sengketa membabitkan India dan Pakistan kerana berebut Kashmir, sebuah wilayah indah dianggap “Switzerland Asia” tidak pernah surut.

Setiap minggu, ada laporan mengenai kematian dan siri pertempuran baharu. Mereka yang maut terdiri daripada orang awam dan anggota keselamatan kedua-dua buah negara.  

Dalam siri pertempuran terbaharu, masih lagi bersangkut-paut dengan isu merebut Kashmir, ia terus memuncak apabila mencatatkan peningkatan angka korban.

Dalam pertempuran pada Jumaat, tiga orang awam dan seorang askar terbunuh.

Pertempuran itu berlanjutan memasuki hari ketiga apabila ada nyawa melayang.

Menurut pihak berkuasa India, sepuluh orang awam dan dua lagi tentera India turut alami kecederaan.

Pertikaian antara kedua-dua pihak berkuasa India dan Pakistan itu berlarutan yang menyaksikan penduduk di wilayah Kashmir semakin tertekan dengan pertempuran yang berlaku.

Perunding Hal Ehwal Luar India Raveesh Kumar sebelum ini mengeluarkan  kenyataan yang menuduh Pakistan mencabuli genjatan senjata yang dipersetujui sebelum ini.

India juga menuduh Pakistan bertindak melakukan serangan terlebih dahulu dengan India terpaksa bertindak balas.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Pakisatan.

Sejak 1989, hampir 70,000 orang terbunuh dalam putaran keganasan, yang kebanyakannya dicetuskan oleh tindakan keras tentera India.

Pakistan dan India pernah hampir terjerumus dalam perang sebanyak tiga kali kerana isu Kashmir.

Siri usaha untuk mengembalikan keamanan mutlak di Kashmir di peringkat diplomasi dua negara sejak beberapa tahun lalu tidak membuahkan hasil.

Dalam satu tinjauan sebelum ini, warga Kashmir lebih berminat untuk berada di bawah Pakistan, keputusan yang dianggap India satu bentuk bantahan dan perlu diperangi oleh mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here