Bergelut elak penyingkiran

0
16
Advertisement



IPOH: Lima pasukan terbawah Liga Super iaitu Selangor, Kuala Lumpur, PKNP FC, Kelantan dan Negeri Sembilan belum selamat dari zon penyingkiran musim ini.

Kelantan dan Negeri Sembilan meskipun tercorot, boleh berganjak ke zon selamat andai tiga pasukan di atas mereka kecundang dalam baki perlawanan masing-masing.

Begitupun, Selangor dan PKNP FC dilihat mempunyai sedikit kelebihan kerana mempunyai baki empat perlawanan berikutan aksi mereka sebelum ini dibatalkan gara-gara lampu limpah terpadam di Stadium Batu Kawan.

Justeru, pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim melihat pertemuan anak buahnya dengan Negeri Sembilan di Seremban malam ini sangat penting untuk mengelak kedudukan parah.

“Sebenarnya ini misi hidup atau mati buat kedua-kedua pasukan.

“Kami belum selamat dan perlu mengutip mata jika tidak mahu tersingkir.

“Pastinya tuan rumah akan bangkit untuk memenangi perlawanan ini bagi menghidupkan peluang untuk mengejar pasukan di atas mereka.

“Pemain saya diingatkan tidak memandang mudah perlawanan ini,” katanya.

Malah, Bakar berkata benteng PKNP FC tidak boleh leka dan melakukan kesilapan mudah kerana pasti dihukum jentera serangan tuan rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here