Berhimpit dalam almari

0
22



Kuala Lumpur: Sorok beramai-ramai di dalam almari baju! Itu taktik dilakukan 10 pelacur warga asing sebuah pusat spa yang dikesan bersembunyi sejurus premis itu diserbu pihak berkuasa.

Difahamkan, wanita terbabit menjalankan kegiatan maksiat dengan menawarkan urutan bogel kepada pelanggan yang mengunjungi spa di Jalan Changkat Tong Shin, di sini.

Aktiviti itu bagaimanapun dibongkar selepas sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur ( JIM KL) diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan merangkap Ketua Unit Risikan Operasi dan Tahanan Mohd Shahrulnizam Ismail menyerbu premis itu jam 10.30 malam, kelmarin.

Hasil serbuan, JIM KL menahan 22 individu termasuk lima warga tempatan yang bekerja sebagai pengurus dan penjaga premis.

“Ketika serbuan, 10 pelacur warga asing dari Vietnam, Thailand dan Indonesia berusia 20 hingga 35 tahun ditahan.

“Mereka dikesan bersembunyi di dalam almari bagi mengelak ditemui anggota imigresen,” katanya.

Risikan mendapati semua wanita itu memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial sebelum bekerja sebagai pelacur dan tukang urut bogel.

Setiap pelanggan dikenakan bayaran antara RM180 hingga RM250 untuk melanggan wanita berkenaan bagi pakej seks.

Bagaimanapun semua wanita itu dapat dicekup dan ditahan atas kesalahan melanggar syarat pas lawatan sosial dan permit kerja.

Mereka dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Jalan Duta dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963 selain siasatan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here