Beri ruang pada polis

0
96



Johor Bahru: Netizen tidak seharusnya membuat keputusan terlalu awal serta menghukum mana-mana pihak berhubung kematian murid Madrasah Tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata, semua pihak seharusnya menghormati undang-undang dan memberi ruang kepada siasatan yang dijalankan polis.

Beliau berkata, siasatan berkaitan kematian Mohamad Thaqif Amin masih belum selesai kerana laporan bedah siasat daripada Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) mengambil masa kira-kira dua minggu untuk siap.

“Bedah siasat dijalankan untuk mencari kebenaran berkaitan punca kematian Mohamad Thaqif Amin sama ada ia berpunca daripada penyakit atau sebaliknya.

“Pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) berharap laporan perubatan disegerakan namun ia bergantung kepada kesediaan pengurusan hospital, polis dan pihak berkaitan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here