Berita palsu! 'Selfie' kena langgar kereta api sebenarnya tidak wujud pun

0
136
Advertisement

MINGGU lalu heboh kita digemparkan oleh satu video swafoto atau selfie seorang pelajar 25 tahun di Hyderabad, India yang dikatakan dilanggar kereta api.

Insiden itu juga mendapat liputan meluas pelbagai media yang melaporkan dia mengalami kecederaan di kepala dan tangan namun selamat.

Berita itu tular dengan pantas dan pada masa sama menunjukkan peningkatan kemalangan membabitkan kecuaian diri sendiri khususnya ketika bergambar di landasan kereta api.

Belum pun reda mengenai insiden itu, pelajar terbabit, R. Shiva Kumar sekali lagi mendapat perhatian apabila dia sebenarnya tidak dilanggar kereta api pun.

BACA: Nak sangat ‘selfie’ dengan kereta api, itu padahnya!

Menurut laporan berita ABN Telugu, rakaman video itu telah dipalsukan leh Shiva dan rakan-rakannya.
Saluran berita itu menyiarkan rakaman video terbaharu Shiva yang turut disertai rakan-rakannya sambil tertawa dan bergurau.

Wartawan yang bertugas di saluran berita berkenaan, Nellutla Kavitha menerusi twitter, memuat naik rakaman video berkenaan dengan kapsyen, pelajar yang didakwa jurulatih kecergasan itu telah melarikan diri sejak videonya  ‘berselfie’ dilanggar kereta api menjadi tular.

Saluran berita itu turut mendakwa Shiva telah ditahan atas perbuatannya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here