Berita tunang pernah berkahwin tular, Remy Ishak minta Ezza berdiam diri

0
57
Advertisement

AKTOR Remy Ishak terkejut apabila mendapat tahu tunangnya, Ezza Yusof tular selepas didakwa berstatus ibu tunggal baru-baru ini.

Remy menegaskan tunangnya tidak pernah berkahwin sebelum ini apatah lagi mempunyai anak.

“Sebenarnya saya tidak tahu status tunang saya menjadi tular tetapi apa yang boleh saya katakan dia tidak pernah berkahwin.

“Sebelum ini pun sudah ada yang mendakwa dia pernah berkahwin tetapi itu tidak benar,” katanya kepada Astro Gempak.

Remy ditemui ketika sesi temubual bersama pelakon supertelemoview  Do[s]a di Hotel Nouvelle pada Rabu.

Terdahulu,sebuah blog mendakwa Ezza pernah berkahwin dan merupakan seorang ibu tunggal kepada seorang anak.

Bagaimanapun, Remy menasihati Ezza supaya berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan supaya mengelak daripada tunangnya terus tertekan dengan isu tersebut.

“Dia ada beritahu saya mengenai hal ini, saya beritahu dia diam sahaja dan jangan beri apa-apa kenyataan.

“Saya pesan supaya jangan layan sangat apa orang luar kata.

“Niat saya bukan mengongkong tapi cuma nak elakkan salah faham dan tak mahu dia tertetkan dengan gosip sebegini,” katanya lagi.

Mengenai perkembangan terbaharu, Remy bakal muncul dalam supertelemovie Do[s]a yang turut dibarisi pelakon-pelakon seperti Datuk M.Nasir, Ashraf Sinclair, Hisham Hamid dan Shenty Feliziana.

Do[s]a ditayangkan di platform digital ‘on demand’ dan Astro GO serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First (saluran 480) serta platform NJOI mulai 14 Februari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here