Berjalan 16 jam tanpa henti

0
68



Melaka: “Saya sertai program Relay for Life ini semata-mata menunjukkan sokongan kepada penghidap kanser di negara ini. Saya tidak mahu mereka berasa keseorangan dalam berjuang,” kata Kee Qin Pei, 18.

Remaja itu dan dua lagi rakan Goh Yen Ching, 16, dan Koh Shu Ying, 17, antara 2,000 peserta mengambil bahagian pada program Relay For Life di Dataran Pahlawan, di sini, yang berjalan tanpa henti selama 16 jam bermula 6 petang kelmarin dan tamat 10 pagi semalam.

Penuntut prauniversiti di sebuah kolej di Kuala Lumpur itu berkata, menerusi program itu dia mendapat banyak pendedahan mengenai kanser dan langkah pencegahannya.

“Sepanjang menyertai aktiviti ini saya berpeluang berjalan dengan 200 ‘survivor’ (individu sudah bebas daripada kanser) dan mereka berkongsi pengalaman melawan penyakit itu.

“Program ini membuatkan saya tidak lagi mementingkan diri, sebaliknya mewujudkan rasa kekitaan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu Pengerusi Relay For Life Clare Ratnasingham berkata, pembabitan orang ramai dalam acara berkenaan memberi inspirasi kepada penghidap kanser dan mereka sudah bebas penyakit berbahaya itu.

“Selain memberikan sokongan kami turut didatangi pihak yang mahu menghulurkan sumbangan mengisi dana untuk bantu pesakit kanser dan ini adalah perkara amat membanggakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here