Bermula 1 Jun, cukai GST dikurangkan pada kadar sifar

0
75
Advertisement

KUALA LUMPUR: Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang sebelum ini adalah pada kadar enam peratus dikurangkan sehingga kadar sifar (0%) bermula 1 Jun, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Dalam kenyataan itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi peraturan tersebut dan masih perlu mengikuti beberapa peraturan seperti pengeluaran inbois cukai, penghantaran penyata cukai dan tuntutan kredit cukai input.

Pengumuman itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan arahan supaya kutipan GST dihentikan.

Beliau turut menyatakan akan membayar balik cukai tersebut kepada rakyat yang membuat tuntutan.

“Kami dapati, kerajaan (yang terdahulu) telah mengutip cukai lebih daripada jumlah yang perlu dibayar,” kata beliau ketika ditemui dalam satu sidang media di ibu negara.

TONTON VIDEO: GST akan dikenakan 0% bermula 1 Jun 2018

Pemansuhan GST merupakan antara 10 janji Pakatan Harapan untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari kerajaan mentadbir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here