Berselawat di pentas The Voice Kids Indonesia, peserta 13 tahun buat Agnes Monica terpegun

0
31

PASTI ada sebab video seorang remaja berusia 13 tahun menyertai ujibakat The Voice Kids Indonesia ditonton sehingga 4 juta kali di YouTube.

Sharla, peserta remaja perempuan dari Jomba, Indonesia pada mulanya gagal menarik perhatian juri rancangan itu, Agnes Monica, Bebi Romeo dan Muhammad Tulus, dengan hanya menyanyikan lagu Memory (nyanyian asal Cats).

Bagaimanapun, Agnes menekan ‘pembuz’ pada saat-saat akhir remaja bernama Sharla Martiza Isya’iah Putri itu menamatkan persembahannya.

“Selain lagu ini kamu suka lagu apa, klasikal atau bagaimana? Cuba nyanyikan, supaya saya tahu hala tuju kamu,” soal Agnes.

Sharla seraya menjawab keupayaannya juga menyanyikan qasidah dan terus mengalunkan sepotong qasidah sambil diiringi instumen muzik ringkas.

Reaksi Agnes: “Suaranya kamu bagus dan stabil! Untung saya pilih.”

Kedua-dua juri lelaki Bebi Romeo dan Muhammad Tulus terkejut dengan kualiti bakat dan aura mempesonakan remaja berusia 13 tahun itu.

Video yang dimuat naik sejak 26 Oktober itu telah ditonton lebih 4 juta kali dan mendapat hampir 10,000 komen yang pelbagai.

Apa kata anda tonton sendiri video ujibakat Sharla di sini.

Teks oleh: Amri Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here