Berseronok sambil berbelanja di Tesco sempena Tahun Baru Cina!

0
53
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Tesco Malaysia mengajak seluruh pelanggannya untuk merasai pengalaman berbeza ketika berbelanja di gedung mereka menerusi kempen Magic of Ong 2018.

Bukan setakat potongan harga hebat pada produk-produk berkualiti, malah pelanggan turut akan ditawarkan dengan pelbagai habuan juga hiburan semasa membeli-belah!

“Ada peraduan dan pertandingan, kita juga ada ahli silap mata yang akan berlegar di dalam gedung, berinteraksi dengan pelanggan.

“Jadi ia bukan sekadar datang dan membuat pembelian, ia lebih kepada sedikit keseronokan pada ketika pelanggan mengetahui harga barangan yang semestinya hebat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Ritchie.

Beliau mengiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang hadir ke Tesco Kepong Village Mall di sini hari bagi melancarkan kempen tersebut.

Pada majlis sama, Hamzah turut merasmikan Program Pengumpulan Makanan Perayaan bagi membolehkan pelanggan menyumbangkan barang makanan kepada golongan yang memerlukan.

“Untuk komuniti, kami sedar bahawa ada insan yang tidak cukup makanan, termasuk mereka yang tidak berumah dan bergelandangan.

“Ini merupakan tahun kedua kami mengajak pelanggan mendermakan makanan sebagai membantu mereka yang berdepan dengan keadaan begitu, di mana di hadapan gedung ada tempat khas untuk mereka beli dan letak makanan sumbangan masing-masing yang kemudiannya akan diserahkan kepada rakan-rakan persatuan-persatuan kebajikan,” maklum Paul lagi.

Program yang dijayakan dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation itu akan berlangsung sebulan bermula 15 Januari hingga 15 Februari ini di kesemua 57 gedung Tesco seluruh negara.

Selain itu, Tesco turut akan menganjurkan lima acara ‘Street Reunion Dinners’ untuk menjamu 800 warga emas kurang bernasib baik di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bersama Kechara Soup Kitchen dan PitStop community Cafe.

Sepanjang kempen ini, pelanggan turut berpeluang memenangi baucar bernilai sehingga setengah juta Ringgit Malaysia dengan setiap pembelian RM100 dan ke atas dalam satu resit menerusi peraduan atas talian yang boleh disertai di www.tesco.com/ongmali.

228 pemenang akan menerima baucer bernilai RM2,000 berdasarkan cabutan undi yang akan dibuat setiap minggu dari 15 Januari hingga 4 Februari.

Malah, 11 pelanggan berdaftar bertuah berpeluang memenangi baucer tambahan bernilai RM4,000 sekiranya kod pendaftaran mereka dipilih pada ‘Hari Bertuah’!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here