BERSIH persoal 32 pengundi dalam sebuah rumah

0
66



Gabungan reformasi pilihan raya (BERSIH) hari ini mempersoal tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membenarkan perpindahan seramai 32 ‘pengundi hantu’ dalam sebuah rumah yang terletak di kawasan parlimen Bukit Katil, Melaka.

Dalam sidang media hari ini, pegawai BERSIH, Chan Tsu Chong mendedahkan perkara itu berdasarkan daftar pemilih pilihan raya yang diwartakan pada suku keempat tahun lalu.

Berdasarkan lawatan BERSIH ke tempat berkenaan, Chan berkata mereka mendapati ia adalah sebuah rumah teres satu tingkat.

“Salah satu definisi pengundi hantu adalah pengundi yang tidak menetap di alamat yang didaftar atas nama mereka,” katanya.

Chan turut menunjukkan contoh DUN Bukit Baru yang dimenangi wakil PAS, Md Khalid Kassim pada pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti hanya 48 undi.

[Berita penuh menyusul]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here