Beyonce bakal bawa watak 'Nala' dalam The Lion King 2019

0
21

Penyanyi Amerika Beyoncé diumumkan akan terlibat dalam menjayakan filem Disney terkenal ‘The Lion King’ versi live-action, dengan membawakan watak ‘Nala’, kekasih hati kepada watak pratagonis filem itu, Simba.

Ibu kepada tiga anak ini bakal menyumbangkan suara dalam filem tersebut bersama bintang-bintang terkenal lain seperti Donald Glover sebagai Simba dan James Earl Jones sebagai Mufasa.

Turut sama memegang peranan dalam pembikinan semula filem animasi tahun 1994 ini ialah pelakon Chiwetel Ejiofor, John Oliver, Seth Rogen dan Alfre Woodard.

Filem arahan Jon Favreau ini dikatakan bakal menjadi perintis dalam sejarah pembikinan filem keluaran Disney dari segi teknik pembuatan filem.

Ia dijadualkan menemui penonton pada 19 Julai, 2019.

Sebelum ini, filem animasi The Lion King itu pernah mencecah kutipan pecah panggung sebanyak AS$968 juta dollar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here