Beyonce kongsi gambar anak kembarnya di Instagram

0
42

KUALA LUMPUR: Bintang pop terkenal Amerika Syarikat, Beyonce, hari ini mengongsikan gambar anak kembarnya yang selamat dilahirkan pada June lepas, di laman Instagramnya.

Beyonce atau nama sebenarnya Beyonce Giselle Knowles-Carter, memperkenalkan anak kembarnya kepada dunia dengan kaspyen “Sir Carter and Rumi 1 month today” sempena sebulan sejak kelahiran mereka.

Dalam gambar terbaru yang dikongsikannya, Beyonce, digambarkan mendukung anak kembarnya sambil melihat kamera.

Sebelum ini, Beyonce turut mengumumkan berita bakal menimang bayi kembar di laman instagramnya yang mempunyai seramai 104 juta pengikut.

Gambar itu mencatatkan sejarah selepas menjadi gambar yang paling banyak disukai di Instagram dengan lebih 11 juta sukaan.

Beyonce, 35, dan suaminya Jay Z, 47, yang berkahwin pada April 2008, sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Blue Ivy Carter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here