Biadab! Bayi 8 bulan ini dirogol sepupu sendiri

0
90
Advertisement

NEW DELHI: Biadab dan keji!

Tidak cukup dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur, hari ini kita dikejutkan pula dengan kes rogol seorang bayi perempuan lapan bulan oleh sepupu lelakinya di New Delhi, India.

Menurut laporan BBC, bayi perempuan itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital.

Pihak polis memberitahu mereka telah menahan tertuduh yang berusia 28 tahun, seorang buruh.

Ketua Suruhanjaya Bahagian Wanita New Delhi, Swati Maliwal yang melawat bayi itu di hospital pada Isnin menyifatkan kecederaan bayi itu sebagai “mengerikan”.

Insiden itu terjadi pada Ahad tetapi telah tersebar luas selepas media tempatan membuat laporan.

Swati dalam satu muat naik di laman Twitter, menyatakan bayi malang itu terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.

“Tangisannya begitu menyayat hati dan boleh didengari di dalam unit rawatan intensif hospital itu. Dia mengalami kecederaan yang teruk pada organ dalamannya,” tambahnhya.

“Apa boleh buat? Bagaimana Delhi boleh tidur hari ini apabila bayi 8 bulan dirogol secara kejam di bandar ini? Adakah kita hari ini kita menjadi tidak sensitif atau kita mudah sahaja menerima ini adalah takdir kita?”

Swati juga membuat rayuan kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk memperketatkan undang-undang dan menambah anggota polis bagi melindungi wanita di negara itu.

Pemantauan terhadap kes gangguan seksual telah meningkat di India sejak insiden rogol dan bunuh pelajar berusia 23 tahun dalam bas pada 2012 di New Delhi.

Jenayah itu telah menimbulkan protes dan desakan kepada kerajaan bagi memperkenalkan hukuman lebih berat kes rogol termasuk hukuman mati.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here