Biar betul! Wang juta-juta tapi Beyonce beli-belah di pasar raya harga patut

0
28
Advertisement

LOS ANGELES: Dia mungkin antara wanita paling kaya dan berpengaruh di dunia, namun sebagai pengguna, Beyonce juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan yang diingini pada harga yang murah.

Laman Twitter hujung minggu lalu kecoh apabila ramai pengguna berkongsi foto penghibur dengan aset bernilai kira-kira AS$383 juta (RM1.4 bilion) itu membeli belah di pasar raya Target di Los Angeles.

Tidak seperti yang disangka, Beyonce nampaknya lebih gemar ke pasar raya itu yang terkenal dalam kalangan penduduk Amerika Syarikat kerana tawaran barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.

Turut bersama membeli belah bersama Beyonce ialah anak sulungnya, Blue Ivy.

Penyanyi berusia 36 tahun itu dilaporkan memenuhkan trolinya dengan pelbagai barangan, dari kelengkapan dapur sehinggalah pakaian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here