'Biar Helena pilih sendiri'

0
224
Advertisement



PENYANYI, Hael Husaini, 31, tidak mahu terlalu mendedahkan anak angkatnya, Nur Helena dengan kerja-kerja membabitkan penajaan daripada mana-mana produk.

Menurut Hael atau Hal Husaini Razmi, dia ingin anaknya membesar seperti anak-anak orang lain.

“Kalau boleh, saya tak mahu mengganggu proses tumbesarannya. Ada beberapa produk yang menghubungi saya untuk menaja dan menjadikannya sebagai jurucakap, namun saya terpaksa tolak dengan baik.

“Buat masa sekarang, biarlah dia membesar seperti anak-anak lain dan saya pun kalau boleh, cuba sedaya upaya untuk tidak babitkan dia dengan apa-apa,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah penyanyi lagu Jampi itu lagi, dia juga tidak ada menetapkan usia tertentu sebelum anaknya bersedia untuk menerima tawaran penajaan dan sebagainya.

“Saya tak ada tetapkan usia tertentunya. Kalau dia dah besar nanti dan memilih untuk terima apa-apa tawaran, saya serahkan kepadanya.

“Yang pasti, dalam tempoh tengah membesar seperti sekarang, saya akan elakkan,” katanya.

Helena kini berusia setahun tiga bulan sudah memiliki akaun Instagram yang dibuka oleh Hael sendiri.

“Saya buka Instagram untuknya bagi berkongsi saat-saat menarik dan perkembangan tumbesarannya dengan peminat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here