Bilangan gelandangan di LA naik mendadak

0
50


LOS ANGELES: Jumlah gelandangan di bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat melonjak 23 peratus tahun lalu walaupun usaha menangani krisis itu dipertingkatkan.

Menurut Pihak Berkuasa Perkhidmatan Gelandangan Los Angeles (LAHSA), seramai 57,794 penduduk tidak mempunyai tempat tinggal tahun ini berbanding 46,874 pada 2016.

Laporan itu mendedahkan seramai 34,189 orang tidak mempunyai kediaman tetap di bandar berkenaan

“Tiada guna menyembunyikan berita buruk. Mustahil untuk tidak menghiraukan angka ini,” kata Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti, sambil menambah kaedah pengiraan lebih baik mungkin menjelaskan kadar pertambahan itu.

Katanya, peningkatan kadar sewa dan kos sara hidup menjadi punca kepada krisis gelandangan itu yang melanda Los Angeles selama bertahun-tahun sehingga digelar sebagai ‘Ibu Negara Gelandangan Amerika.’

“Kita tidak boleh membiarkan kadar sewa meningkat setiap tahun,” kata Garcetti yang kecewa melihat jumlah gelandangan veteran tentera turut bertambah.

Menurut perangkaan 2017 itu, 4,828 veteran tentera menjadi gelandangan di Los Angeles dan ia menyaksikan peningkatan sebanyak 57 peratus berbanding 2016. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here