Bill Clinton kembali 'panas', berdepan empat dakwaan baharu gangguan seksual

0
16

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton kini bergelut dalam kontroversi terbaharu apabila berdepan dakwaan gangguan seksual daripada empat wanita, lapor portal berita Daily Mail.

Pertuduhan terhadap tokoh berusia 71 tahun dengan kisah salah laku seks pada masa lalu tersebut, kali ini merujuk kepada insiden yang terjadi selepas beliau meninggalkan White House pada tahun 2001.

Peguam pendakwaraya yanag mewakili wanita-wanita itu, telah memaklumkan kepada pihak Clinton bahawa mereka bersedia memfailkan empat pertuduhan berasingan ke atasnya.

Sebagai sebahagian daripada rundingan, peguam wanita-wanita itu menuntut bayaran tertentu untuk tidak mendedahkan perkara itu kepada umum.

Seorang anggota guaman Clinton telah mengesahkan kewujudan pertuduhan terbaharu tersebut, yang kini berada dalam fasa kritikal.

Jika tuntutan bayaran itu gagal dilunaskan, keempat-empat wanita itu bersedia untuk mendedahkan butiran pertuduhan itu dalam sidang media.

Dakwaan terbaharu itu merujuk kepada insiden yang berlaku lebih 10 tahun lalu, sekitar awal tahun 2000, ketika Clinton berkhidmat dengan syarikat Yucaipa milik pelabur bertaraf bilionair yang terkenal sebagai kaki perempuan, Ron Burkle.

Clinton telah membantu Burkle menjana perniagaan dan terbang ke seluruh dunia bersama wanita-wanita cantik menggunakan jet peribadi Burkle.

Empat wanita itu yang belum mendedahkan identiti masing-masing, ketika itu bekerja di peringkat rendahan dalam organisasi Burkle. Mereka yang ketika itu masih dalam usia muda, mendakwa te;lah dicabul oleh Clinton.

Menurut sumber dari pejabat rasmi, Hillary Clinton berang apabila mendapat tahu suaminya kerana terlibat lagi dalam satu lagi skandal seks.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here