Binatang peliharaan kini dikenakan tambang

0
82
Advertisement

SINGAPURA: Uber Singapura mengumumkan mula membenarkan penumpangnya membawa bersama binatang peliharaan menaiki perkhidmatan itu, tetapi dengan tambang tambahan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, Uber Singapura memaklumkan menerusi perkhidmatan UberPet, penumpang kini sudah boleh membawa bersama mereka kucing, anjing atau apa-apa sahaja binatang peliharaan mereka dengan bayaran tambahan $2 (anggaran RM6.20).

Pengumuman yang bermula sejak 20 Oktober ini disifatkan sebagai insentif tambahan kepada pemandu Uber di republik berkenaan yang kini berdepan persaingan hebat dengan syarikat perkhidmatan e-hailing lain.

Uber memberitahu perkhidmatan itu diperkenalkan selepas ramai penumpang mengadu sukar untuk mendapatkan pemandu yang membenarkan binatang peliharaan mereka dibawa bersama.

Bagaimanapun penumpang hanya dibenarkan untuk membawa seekor binatang peliharaan bersama mereka pada satu-satu masa.

Selain anjing dan kucing antara binatang yang dikenakan tambang menerusi UberPet ialah arnab, kura-kura, hamster, burung dan ikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here