Bintang 'Glee' Mark Salling mati tergantung, dipercayai bunuh diri

0
69
Advertisement

LOS ANGELES: Bintang siri TV popular Glee, Mark Salling ditemui mati di Los Angeles pada pagi Selasa.

Mayat Salling ditemui berhampiran sebatang sungai, bersebelahan padang liga bola lisut, dalam keadaan tergantung, dipercayai akibat membunuh diri.

Kematian Salling dimaklumkan oleh peguamnya Michael J. Proctor, namun punca kematian hanya akan disahkan selepas waris aktor itu diberitahu.

Aktor itu yang terkenal dengan watak nakal Noah “Puck” Puckerman, sedang menunggu hukuman di mahkamah persekutuan yang dijadualkan 7 Mac depan, berhubung sabitan kes pornografi kanak-kanak.

Dia mengaku bersalah Disember tahun lalu atas dakwaan memiliki sejumlah 50,000 bahan pornografi kanak-kanak.

Salling berdepan hukuman penjara empat ke tujuh tahun.

Selain menemui 50,000 bahan pornografi kanak-kanak, penyiasat turut menemui ribuan gambar serta ratusan video erotik kanak-kanak dalam pemacu kilat milik Salling.

Kesalahan itu menyebabkan Salling perlu membayar AS$50,000 kepada setiap mangsa yang menuntut hak dan didaftarkan sebagai pesalah seks.

Penglibatan Salling dalam kes pornografi kanak-kanak menyebabkan dia digugurkan daripada filem “Gods and Secrets”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here