Bintang iklan 'Dugaan Raya Aida' antara pelakon '3 Gadis Manis' musim terbaharu

0
23
Advertisement

KUALA LUMPUR: Dengan jumlah tontonan kira-kira 7 juta pada musim pertama, Astro Gempak dengan kerjasama Wayang Works Sdn Bhd, kembali mempersembahkan siri original 3 Gadis Manis untuk musim kedua.

Mengekalkan konsep penceritaan serupa, musim terbaharu ini akan mengetengahkan kisah yang berbeza namun masih mengekalkan genre komedi santai.

“Tiga Gadis Manis memaparkan kisah tentang persahabatan, itulah temanya pada musim pertama. Dan ia masih menjadi tema untuk musim kedua ini.

“Tetapi untuk musim kedua ini, penonton juga akan didedahkan dengan aspek kekuatan wanita, sayangkan diri sendiri dan keyakinan,” kata Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Penjenamaan, Pemasaran Bahagian Melayu dan Gempak, dalam sidang media di ibu negara, pada Isnin.

Musim kedua ini dibintangi pelakon-pelakon popular masa kini, antaranya Hannah Delisha, Yaya Zahir, dan Aedy Ashraf, di samping menampilkan pelakon baru yang sebelum ini dikenali menerusi iklan ‘Dugaan Raya Aida’, Dee Alhadi.

Aktif membintangi iklan komersial, Dee mengakui pengalaman cukup berbeza namun menyeronokkan apabila pertama ke set penggambaran drama.

“Ini kali pertama saya membintangi drama, sebelum ini saya cuma buat komersial sahaja. Satu penghormatan apabila diberi peluang bergandingan bersama pelakon-pelakon yang sudah ada nama, dan disiarkan pula di platform digital yang mempunyai ramai pengikut,” katanya yang mula menjadi perhatian selepas membintangi iklan Hari Raya terbitan Tenaga Nasional Berhad itu.

Diarahkan oleh Junad M.Nor dibantu oleh Nadirah Zakariya, 3 Gadis Manis akan bersiaran sebanyak tujuh episod menerusi platform digital di www.3gadismanis.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 April ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here