Bissouma dari Lille ke Brighton

0
79
Advertisement



LONDON: Brighton membeli pemain tengah Mali, Yves Bissouma dari kelab Perancis, Lille secara kontrak lima tahun, menurut kelab Liga Perdana Inggeris itu semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu, yang sudah beraksi 13 kali bersama pasukan kebangsaan negaranya, melakukan 55 penampilan bersama Lille selepas tampil kali pertama dalam skuad senior kelab Ligue 1 itu pada 2016.

“Dia seorang yang memiliki keupayaan teknikal baik dengan bola dan mempunyai pengalaman yang bagus pada usia muda, selepas beraksi secara kerap dalam liga Perancis bagi dua musim terakhir,” kata pengurus Brighton, Chris Hughton.

Bissouma adalah pembelian keenam Brighton pada jendela perpindahan semasa ketika Seagulls berusaha memperbaiki penamat ke-15 liga musim lalu. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here