Blake Lively terpilih bawa watak 'Bond' wanita

0
8


Blake Lively

LONDON: Penerbit filem James Bond mengumumkan bintang ‘Gossip Girl’, Blake Lively, bakal membawakan watak protagonis dalam filem perisikan terbaharu, kejanggalan dalam genre yang selalunya dikuasai pelakon lelaki.

‘The Rhythm Section’ akan diadaptasi dari novel tulisan Mark Burnell mengenai seorang wanita, Stephanie Patrick, yang menjadi pembunuh upahan dan mengesan pihak bertanggungjawab menyebabkan nahas kapal terbang yang membunuh keluarganya.

Filem berkenaan akan diarahkan Reed Morano, yang pernah mengarahkan beberapa episod drama popular televisyen, ‘The Handmaid’s Tale’.

Dalam kenyataan yang disiarkan Hollywood Reporter, Barbara Broccoli dan Michael G Wilson, yang menerbitkan lapan filem terakhir James Bond, berkata mereka gembira bekerja dengan pasukan yang cukup berbakat.

Ada empat buku dalam siri Stephanie Patrick, meningkatkan kemungkinan siri filem seperti Bond, jika siri pertama terbukti berjaya.

Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here