Bloom mahu anak lagi

0
86



Bintang Pirates of the Caribbean, Orlando Bloom mendedahkan mahu menimang cahaya mata dengan wanita pilihan hati.

Bloom, 40, sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Miranda Kerr.

Peliknya, Bloom berkongsi keinginannya itu dengan seorang kanak-kanak perempuan ketika menghadiri acara permaidani merah filem Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales, baru-baru ini.

Pelakon British itu mendekati kanak-kanak berkenaan dan bertanya sekiranya dia mahu bertanyakan soalan.

“Adakan ia soalan baik? Awak boleh tanya saya apa saja asalkan ia baik,” katanya.

Menurut Daily Mail, kanak-kanak itu bertanya Bloom sekiranya dia merancang menimang cahaya mata baru.

“Ya, saya mahu. Boleh awak mencari wanita yang baik hati dan menawan untuk saya? Mungkin ibu awak kenalkan saya pada seseorang. Seronok bertemu awak,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kerana bertanyakan soalan itu.

Pelakon itu berpisah dengan kekasihnya, Katy Perry sebelum mencetuskan kontroversi kerana bermalam dengan pelayan wanita sebuah hotel terkenal di London.

Akibatnya, pelayan bernama Viviana Ross itu dipecat selepaspengurus hotel terbabit mendapati dia berada dalam bilik Bloom.

Dalam temu bual berasingan, Bloom memberitahu anaknya, Flynn akhirnya baru menonton Pirates of the Caribbean: Curse of the Black Pearl selepas membintangi filem itu 14 tahun lalu.

“Pada mulanya, saya teragak-agak kerana enggan dia mengetahui pekerjaan sebenar saya.

“Namun, saya berubah fikiran kerana anak saya sudah bersekolah dan sedar lambat-laun dia pasti diberitahu mengenai filem lakonan saya oleh orang lain,” katanya.

Menurut Bloom, dia mengajak Flynn menonton Pirates of the Caribbean dan ia diterima baik anaknya.

“Dia bertanya bagaimana saya dapat tahan nafas lama dalam air,” katanya yang kini yang kembali dengan episod Salazar’s Curse bersama Keira Knightly.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here