BNM beli tanah RM2 bilion dari kerajaan

0
134
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) memuktamadkan pengambilalihan tanah seluas 55.79 ekar pada nilai RM2 bilion dari kerajaan bersebelahan kompleks Sasana Kijang.

“Transaksi itu berjaya dicapai selepas perbincangan beberapa bulan antara kedua pihak,” menurut Bank Pusat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“Pengambilalihan itu melibatkan kos RM2 bilion bergantung kepada penilaian akhir di kawasan terlibat,” menurut BNM.

Penilaian tanah itu dipersetujui bersama antara BNM dan kerajaan berdasarkan proses penilaian yang dijalankan oleh penilai sektor hartanah bebas yang dilantik.

“Tanah itu akan digunakan untuk pemindahan Glpbal Islamic Finance University (INCEIF) dan International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

“Tanah itu juga akan digunakan untuk pembangunan masa hadapan bagi tujuan kemudahan pendidikan dan latihan yang akan menumpukan kepada peningkatan kemampuan teknikal bakat dalam industri kewangan,” kata BNM.

Keseluruhan kawasan itu akan disepadukan menjadi Hab Pendidikan Perkhidmatan Kewangan berkelas dunia dengan menerapkan pendidikan dan kajian bertaraf antarabangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here