Bola Shebby: 'Jangan biar permata hilang sinarnya'

0
349
Advertisement



Beliau dilahirkan di Perancis dan mendapat pendedahan mengenai bola sepak di negara kelahirannya itu.

Bakatnya terus digilap oleh pasukan AS Monaco sebelum berhijrah ke Paris Saint-Germain. Kebolehannya amat ketara apabila membawa pasukan AS Monaco menjuarai Lique 1 pada musim 2016/2017.

Dia juga pernah membawa AS Monaco ke peringkat separuh akhir musim 2017/2018.

Apabila dilamar PSG, dia berpeluang berganding bahu bersama bintang Brazil, Neymar serta bintang Uruguay, Edinson Cavani dan baru baru ini, dia dinobatkan sebagai pemain muda terbaik di Piala Dunia 2018.

Bersama anugerah itu, dia juga memenangi Piala Dunia bersama Perancis.

Nama pemain yang saya maksudkan ialah Kylian Mbappe dan umurnya baru 19 tahun.

Sementara itu, ada pemain muda lain yang dilahirkan di Amerika Syarikat, tetapi ibu dan bapanya rakyat Malaysia. Pemain ini menjalani pendedahan dan pembangunan di Amerika Syarikat sehingga berjaya beraksi di Major League Soccer atau MSL.

Kebolehan pemain ini amat menarik dan dia berjaya mewakili pasukan kebangsaan Bawah 17 Tahun Amerika Syarikat. Prestasinya masih boleh meningkat dan pasukan Sporting Kansas City mengambil kesempatan untuk mengikat pemain ini.

Nama pemain yang sudah menjadi kebanggaan Malaysia itu ialah Wan Kuzain Wan Kamal dan dia juga berusia 19 tahun.

Di Malaysia pula, ada pemain muda yang begitu berbakat dan muncul pemain tengah terbaik di negara ini. Dia sudah membuktikan kebolehannya di peringkat remaja serta mewakili pasukan dari Liga Super Malaysia. Bakat seperti ini jarang dilahirkan di Malaysia.

Sebagai pemain tengah, pemain ini mencorakkan permainan atau menjadi “playmaker” walaupun memikul tugas yang begitu berat membimbing pasukan yang lemah di Liga Super.

Namanya adalah Nik Akif Syahiran Nik Mat dan menjadi tonggak pasukan Kelantan walaupun baru berusia 19 tahun.

Dalam lingkungan umur yang sama, Mbappe sudah muncul juara dunia, manakala Wan Kuzain pula mungkin mewakili pasukan kebangsaan Amerika Syarikat dalam masa akan datang.

Nik Akif pula berhempas pulas bersama pasukan kebangsaan Bawah 19 Tahun di Kejuaraan AFF baru-baru ini.

Kesimpulannya, kita di Malaysia sudah kehilangan arah dan hala tuju!

Di Malaysia, pentadbiran bola sepak sudah tidak dapat melihat antara aspirasi individu dan matlamat bola sepak.

Pentadbiran bola sepak di semua peringkat di Malaysia mempunyai dua kelemahan yang paling ketara.

Pentadbiran di semua peringkat di Malaysia tidak mampu mengenali bakat dan mereka juga dikaburi cita-cita tersendiri.

Contoh yang paling besar adalah kebolehan serta kemahiran Nik Akif yang tidak disedari jurulatih senior padahal dia sudah memiliki permainan bertaraf antarabangsa.

Seharusnya pembangunan pemain mengikut “upwards trajectory” dan bukannya sekadar bermain di peringkat umur saja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here