'Boleh bawa bincang' – UNIC enggan panjangkan isu dengan Caprice

0
125
Advertisement

WAKIL kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul memberitahu pihaknya bersedia untuk duduk semeja dengan rapper Caprice bagi meleraikan kemelut yang berlaku.

Ujar Fakhrul, selepas isu komitmen Caprice untuk mempromosikan single terbaharu mereka, Sedar timbul pihaknya masih belum berkesempatan untuk berjumpa lagi.

“Kami teruskan apa yang kami mampu dan menghormati sesama sendiri. Mungkin dia ada alasan tertentu.

“Daripada sudut kami masalah sudah selesai dan kami sudah jelaskan perkara sebenar.

“Sehingga kini belum ada sebarang jemputan untuk membuat persembahan bersama selepas kejadian yang berlaku.

“Namun, kami dijadualkan untuk membuat persembahan bersama pada malam Anugerah MeleTOP ERA (AME2018) bulan depan. 

“Kami tiada masalah untuk berjumpa dengan Caprice dan masih menunggu jawapan daripadanya,” katanya kepada Astro Gempak.

BACA: Caprice, Fathia Latiff ‘perang besar’ di Instagram

BACA: UNIC terpaksa terima kecaman selepas buang imej artis nasyid

Fakhrul yang ditemui pada sidang media Gema Gegar Vaganza musim kedua di Hotel Istana Kuala Lumpur pada Selasa memberitahu dia tidak menjangka akan tercetus isu antara UNIC dan Caprice.

“Kami tidak menjangka perkara ini akan terjadi sebab kami tidak tahu cara orang lain bekerja.

“Cuma kami nampak potensi yang besar ada padanya untuk kami berkolaborasi.

“Kami sudah pun laburkan yang terbaik, buang masa dan rugi untuk kami terlalu memikirkan masalah yang timbul,” tambahnya.

Ketegangan antara UNIC dan Caprice tercetus sejak Februari lalu apabila kumpulan nasyid itu mendakwa Caprice gagal memberikan komitmen untuk mempromosikan single baharu mereka, Sedar.

Malah, UNIC mendakwa Caprice enggan membalas kiriman teks untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Caprice kemudiannya memberitahu Berita Harian tindakan UNIC memperbesarkan cerita berkenaan sebenarnya langkah mempromosi lagu berkenaan.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @unicofficials & @capriceoffcial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here