"Boleh naikkan gaji, tapi berperingkat" – Ameer Ali Mydin

0
498
Advertisement

KUALA LUMPUR: Peningkatan gaji minimum baik untuk peruncit kerana ia bermakna perbelanjaan boleh guna pengguna juga meningkat, kata Naib Presiden Organisasi Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin.

“Peruncit bergantung kepada perbelanjaan pengguna, jika perbelanjaan boleh guna mereka meningkat, ia bagus,” katanya selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan.

Namun, beliau berkata peningkatan itu perlu dilakukan secara berperingkat bagi mengelakkan kejutan dalam kalangan peserta industri.

“Saya tidak mempunyai halangan terhadap peningkatan gaji minimum, namun ia perlu berperingkat. Saya menggajikan lebih 10,000 pekerja, sudah pasti akan terjejas.

“Namun jika ia berperingkat, ia lebih teratur dan sesuai dengan struktur kos kami,” katanya sambil menambah, peningkatan gaji seharusnya berlaku bagi membantu poket rakyat.

Ameer Ali berkata peratusan peningkatan gaji minimum juga harus melebihi paras inflasi semasa di mana ia kini berada sekitar 3 peratus.

Sebelum ini, gaji minimum dicadangkan untuk dinaikan kepada RM1,500 berbanding RM100 di Semenanjung dan RM920 di Sabah dan Sarawak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here