Bom Perang Dunia II ditemui

0
60


Kereta peronda polis menyusuri jalan di Belarus.

WARSAW: Kira-kira 10,000 penduduk dipindahkan pagi tadi waktu tempatan, selepas pihak berkuasa di Bialystok, Poland menemui bom era Perang Dunia II seberat 500 kilogram (kg) ketika kerja pembinaan.

Penduduk di sepanjang 60 jalan di bandar timur laut berhampiran sempadan Belarus, termasuk mereka yang tinggal di 45 laluan dua kawasan pinggir bandar, terpaksa berpindah selepas pakar ketenteraan memberi amaran bom itu berisiko meletup ketika cubaan mengeluarkannya dari tapak menggunakan kren.

Pemindahan turut membabitkan penduduk di sepanjang laluan digunakan tentera untuk membawa bom itu ke pangkalan tentera tempat ia akan dimusnahkan.

Bom seperti itu sering ditemui di tapak pembinaan di Poland, khususnya di sini dengan kira-kira 90 peratus pusat bandarnya pernah dimusnahkan pengeboman Jerman sebelum perang berakhir. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here