'Bom' rumah bekas kekasih [VIDEO]

0
16



SEORANG lelaki yang marahkan bekas teman wanitanya, maut selepas merempuh bangunan apartmen wanita itu dengan kereta berisi empat tong gas propane menyebabkan letupan dan kebakaran di Fort Pierce, Florida, hari ini.

Jurucakap polis Jabatan Fort Pierce, Ed Cunningham, berkata pihaknya percaya Carl Philbert, 31, bergaduh dengan wanita itu pada sebelah pagi kerana tidak sukakan sesuatu dalam apartmen wanita itu.

Menurut Daily Mail yang memetik laporan WPTV, beberapa jam kemudian Philnbert memandu kereta berisi tong gas merempuh rumah di tingkat bawah bangunan apartmen itu bertujuan menyebabkan kerosakan.

“Ketika kejadian ada lima orang dalam rumah itu, termasuk bekas teman wanita lelaki berkenaan dan Philbert berniat membunuh mereka.

“Philbert mempunyai rekod keganasan dengan wanita yang menjadi sasaran,” katanya.

Kereta itu terbakar dan berlaku letupan menyebabkan Philbert mati di tempat kejadian.

Anak bekas teman wanita lelaki itu, Eileen Cuevas, 26, berkata ibunya yang berada di ruang depan, ternampak kereta dipandu Philbert menuju apartmen mereka.

“Sebaik kereta itu merempuh masuk ruang tamu, saya mengambil anak lelaki saya berusia tiga tahun dan bersama ibu serta nenek keluar melalui pintu belakang.

“Ketika itu kereta muka terbakar dan saya nampak dia juga sedang terbakar,” katanya.

Menurut Cuevas, dia tidak tahu kenapa Philbert bertindak demikian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here