Boost: Tambah nilai & beli baucer dengan diskaun sehingga 60%

0
40

KUALA LUMPUR: Siapa yang tidak suka membeli-belah sekiranya diberi diskaun sehingga 60 peratus untuk berbuat demikian?

Keriangan membeli-belah itu pasti berganda jika anda juga boleh memberi hadiah kepada rakan-rakan anda secara percuma.

Itulah peluang keemasan yang anda akan nikmati dengan aplikasi Boost.

Boost merupakan satu aplikasi yang berfungsi sebagai tempat pembelian nilai prabayar, serta aplikasi yang menawarkan baucer pembelian barangan. Anda boleh membeli baucer dan menikmati  potongan sehingga 60 peratus daripada jenama kegemaran anda seperti Fave, TeaLive, Zalora dan Lazada.

Bukan itu sahaja, penggunaannya amat mudah sekali:
– Muat turun aplikasi Boost ke dalam telefon pintar anda melalui Google Play Store untuk memulakan proses pembelian nilai prabayar anda.
– Kemudian, beli kredit Boost dengan cara yang mudah dan tidak memerlukan kad kredit. Kredit Boost mempunyai kerjasama dengan 17 rakan kongsi perbankan tempatan dan antarabangsa yang dipercayai.
– Sebagai langkah keselamatan, nombor pin 4 digit akan diminta bagi setiap transaksi.
– Tunggu 5 saat dan anda hanya perlu menggoncang telefon pintar anda untuk memenangi kredit Boost tambahan!
 
Bagi penggemar permainan, anda juga boleh menambah nilai kredit permainan kegemaran anda!
  
Jika anda ingin menceriakan hari rakan-rakan dan anggota keluarga tersayang, anda juga boleh memberikan baucer hadiah, walaupun mereka tidak mempunyai aplikasi Boost.

Setakat ini terdapat lebih 200,000 orang yang telah memuat turun aplikasi ini dalam telefon pintar mereka dan aplikasi ini mendapat penarafan 4.2 bintang dari mereka.

Boost merupakan cara terbaharu lebih mudah dan penuh interaksi buat anda menambah nilai prabayar, kredit permainan dan beli baucar kegemaran anda!

Dapatkan maklumat lanjut di https://www.myboost.com.my/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here