Bosz berang taktik hambar United

0
59



Stockholm: Jurulatih Ajax, Peter Bosz menyatakan taktik hambar Manchester United menjadikannya satu “perlawanan membosankan” berikutan kekalahan 0-2 pasukannya pada final Liga Europa di Stockholm, awal pagi semalam.

United menang trofi itu buat kali pertama susulan gol Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan, sekalipun hanya menguasai 33 peratus di Arena Friends dan melakukan hanya empat percubaan tepat.

“Saya kecewa kerana anda bermain aksi final untuk memenanginya. Kami tidak berjaya,” kata Bosz.

“Saya tidak melihat Ajax yang beraksi seperti biasa, bermakna permainan yang bagus, menekan serta dominan.

“Menekan mereka sukar kerana Man United hanya bermain bola tinggi dan tidak mengambil risiko dalam gerakan mereka. Saya fikir ia satu perlawanan yang membosankan. Tidak banyak peluang daripada kedua-dua pasukan.”

Perlawanan itu dibayangi serangan bom di Manchester, yang menyebabkan 22 terkorban dan berdozen lagi cedera dan Bosz mengakui ia memberi kesan kepada pemain kedua-dua pasukan.

“Jelas kedua-dua pasukan terjejas,” kata Bosz, jurulatih pertama mengemudi Ajax ke final pertandingan utama Eropah sejak Louis van Gaal pada 1996.

“Tapi sebaik anda bermain pada final, saat itu anda melupakannya. Anda perlu bermain.” – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here