Bot karam di India, tiga terkorban

0
26
Advertisement

NEW DELHI: Usaha mencari dan menyelamat diteruskan bagi mengesan mangsa bot karam di luar persisiran pantai India berdekatan dengan Mumbai yang setakat ini mengorbankan tiga nyawa.

Setakat ini 32 pelajar sekolah menengah telah diselamatkan, kesemuanya pelajar perempuan, menurut media tempatan.

Beberapa kapal berdekatan juga dikerah ke Dahanu, Maharashtra bagi membantu usaha mencari dan menyelamat.

Bot itu dipercayai sesak dengan penumpang ketika kejadian dan kesemua pelajar itu difahamkan tidak memakai jaket keselamatan, lapor The Times of India.

Dua mangsa maut itu dilaporkan berusia 17 tahun.

Menurut laporan portal berita NDTV, kejadian mungkin berpunca kerana bot terbabit tidak stabil akibat terlalu ramai pelajar pada satu bahagian. Ini menyebabkan bot terbabit terbalik.

Susulan kejadian Presiden India Ram Kovind merakamkam takziah kepada keluarga mangsa.

Kemalangan seperti ini sering berlaku di India kerana kebanyakan bot tidak dibina dengan baik dan sering sesak dengan penumpang dan tidak mengikut peraturan keselamatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here