Bottas kekal bersama Mercedes

0
96
Advertisement



HOCKENHEIM, Jerman: Mercedes mengesahkan Valtteri Bottas akan kekal sebagai rakan sepasukan Lewis Hamilton untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun di Mercedes.

Sehari selepas pengumuman Hamilton menandatangani kontrak lanjutan mewah selama dua tahun sehingga 2020, pasukan itu berkata mereka akan mengekalkan Bottas bagi mengharungi musim depan dengan pilihan untuk tahun berikutnya.

“Saya amat gembira,” kata pelumba kelahiran Finland itu.

“Saya gembira kerja bersama pasukan ini, saya menggemari semangat berpasukannya, suasana di dalam pasukan dengan semua orang bekerja keras untuk mendapatkan yang keputusan.

“Saya akan terus melakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran ini. Saya akan memberikan 100 peratus seperti biasa.”

Bos Mercedes, Toto Wolff berkata: “Prestasi Valtteri cemerlang pada musim ini dan, jika tidak disebabkan oleh kesilapan kami atau ketiadaan tuah, dia boleh mengungguli carta kejuaraan.

“Apabila kami mengambil keputusan untuk mengekalkan Valtteri bagi 2019, ia tidak semata-mata bersandarkan kepada kepantasannya atau etika kerjanya, tetapi juga persoalan membabitkan karektornya.

“Hubungannya dengan pasukan, termasuk Lewis, ia terbuka dan saling mempercayai, tanpa sebarang politik atau seperti itu.

“Itu adalah ramuan yang diperlukan apabila kamu berdepan dengan lawan yang kuat dalam kedua-dua kejuaraan (pelumba dan pengeluar) dan mereka mencerminkan nilai di dalam pasukan.”

– AFP

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here