Bouchard bernasib baik

0
52
Advertisement



PEMAIN Kanada, Eugenie Bouchard menerima jemputan wild card bagi kejohanan WTA di Montreal bulan depan, satu daripada kejohanan pemanas badan penting menjelang Terbuka AS.

“Eugenie ketika ini memperagakan aksi mengagumkan dan kami berharap dia boleh mengekalkan momentum menjelang Montreal,” kata pengarah kejohanan Eugene Lapierre, semalam.

“Dia menggembirakan penonton dengan persembahan hebat April lalu apabila dia meraih dua kemenangan penting dalam perlawanan Piala Fed. Kami tidak sabar menantinya kembali beraksi di tanah air sekali lagi.”

Penganjur menyatakan Bouchard akan bermain pada hari pertama undian utama, 6 Ogos depan.

Bouchard, 24, layak ke separuh akhir kejohanan WTA di Gstaad, semalam.

Pemain Kanada ranking ke-146 dunia itu beraksi pada final Wimbledon empat tahun lalu namun sejak itu permainan dan rankingnya merudum teruk.

Pada Wimbledon tahun ini, dia tampil dari pusingan kelayakan namun terkandas pada pusingan kedua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here