Boustead catat untung lebih RM1 bilion

0
76
Advertisement

KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Berhad mencatatkan prestasi kukuh bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 dengan menjana untung sebelum cukai tertinggi dalam sejarah operasinya berjumlah RM1.1 bilion, berbanding RM740 juta tahun lepas.

Untung Selepas Cukai (PAT) meningkat kepada RM923 juta manakala hasil bertambah kepada RM10 bilion.

Prestasi lebih memberangsangkan ini dicapai berbekalkan keuntungan yang direalisasi atas pelupusan tanah perladangan berjumlah RM555 juta.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2017, kumpulan mencatatkan Untung Selepas Cukai sebanyak RM174 juta.

Sementara itu, Untung Sebelum Cukai pula berjumlah RM241 juta dan hasil sebanyak RM2.8 bilion telah diperoleh.

Pendapatan sesaham bagi tempoh setahun penuh ialah 22.8 sen, manakala nilai aset bersih sesaham berada pada paras RM2.92 pada 31 Disember 2017.

Tan Sri Datuk Seri Lodin Wok Kamaruddin, Timbalan Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan, Boustead Holdings Berhad berkata, “kejayaan tahun 2017 dipacu oleh keuntungan yang direalisasikan atas pelupusan tanah ladang, dan disokong oleh sumbangan positif daripada semua bahagian kami.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here