Boustead jual tanah di Pulau Pinang untuk RM136 juta

0
23
Advertisement

KUALA LUMPUR: Boustead Plantations Berhad (BPB) bakal melupuskan tiga bidang tanah yang terletak di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, yang secara keseluruhannya seluas 139 hektar, dengan pertimbangan tunai berjumlah RM136 juta.

Ia susulan BPB telah memeterai perjanjian jual beli dengan Sunrich Conquest Sdn Bhd untuk cadangan pelupusan satu bidang tanah dan dengan Titanium Greenview Sdn Bhd bagi cadangan pelupusan dua bidang tanah.

Harga jualan telah ditetapkan atas dasar persetujuan antara penjual dan pembeli, selepas mengambil kira nilai pasaran saksama tanah berasaskan penilaian profesional bebas. Pertimbangan jualan mewakili premium RM5 juta atau 4% melebihi nilai pasaran saksama 3 bidang tanah tersebut yang berjumlah RM131 juta seperti yang ditentukan oleh jurunilai, Messrs. Jones Lang Wootton.

Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Naib Presiden, BPB, berkata, “Ini merupakan peluang yang baik untuk Kumpulan menambah nilai bagi pemegang saham. Memandangkan lokasi strategik tanah yang berhampiran dengan pembangunan bandar, BPB kini dapat merealisasikan peningkatan nilai modal tanah dengan melupuskannya pada nilai premium yang lumayan berbanding nilai buku bersih. 

Cadangan jualan ini tertakluk kepada beberapa prasyarat, antaranya termasuk mendapatkan kelulusan daripada Lembaga Tanah Estet dan Unit Perancangan Ekonomi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here