BR1M bukan dedak – PM

0
110
Advertisement

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan dedak atau umpan seperti yang dituduh pembangkang.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan memutuskan untuk meneruskan pemberian BR1M dengan kadar maksimum sehingga RM1,200 kepada tujuh juta penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM6.8 bilion.

“Maka, pembangkang yang begitu negatif terhadap inisiatif ini dan menuduh (BR1M) sebagai dedak serta umpan, kini tanpa segan silu membuat u-turn dan khabarnya Kerajaan Pulau Pinang sendiri pada bajet lalu mencadangkan BR1M dilaksanakan.

“Oleh itu, jika BR1M tahun ini telah memanfaatkan tujuh juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion, maka bagi tahun 2018, kesemua penerima akan terus menikmati habuan ini dengan kadar maksimum sehingga RM1,200,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018 di Parlimen di sini.

Saksikan pembentangan Bajet 2018 di sini.

Ujarnya lagi, sejak BR1M diperkenalkan pada 2012 rakyat menerima baik inisiatif itu selain syukur dan senang hati.

“Jelas sekali, BR1M merupakan suatu bentuk subsidi bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukannya, terbukti keberkesanannya,” tambah beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here