Brazil kini bukan 'hati tisu'

0
250
Advertisement



SOCHI, Russia: Kemenangan Brazil ke atas Mexico dalam kelompok 16 terakhir Piala Dunia adalah titik perubahan daripada pasukan biasa kepada pasukan juara, kata Juninho Paulista yang pernah menjulang trofi berkenaan pada tahun 2002.

“Pasukan ini sedikit bergelut, mereka tidak sangka akan seri pada perlawanan pertama,” kata bekas pemain tengah Middlesbrough dan Atletico Madrid itu.

“Kemudian mereka bangkit dan menang dua perlawanan. Bertemu Mexico pada pusingan kalah mati, anda tidak boleh tewas dan perkara itu berlegar-legar dalam fikiran anda. Brazil melepasinya dan mereka lulus ujian emosi.

“Brazil kuat daripada segi mental, mereka bergelut pada 20 minit pertama tetapi selepas itu kembali tenang. Saya rasa Brazil mara ke suku akhir bertemu Belgium dengan keyakinan lebih tinggi. 

“Mereka lebih yakin dengan diri sendiri, walaupun sedar berdepan dengan pasukan yang lebih sukar untuk ditewaskan daripada Mexico.

Brazil satu-satunya pasukan yang menjuarai Piala Dunia sebanyak lima kali dan dengan Jerman, Sepanyol serta Argentina antara pasukan pilihan yang sudah tersingkir, peluang kini lebih terbuka untuk Brazil menjulang trofi keenam di Moscow 15 Julai ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here