Bront Palarae bakal ke New York?

0
128
Advertisement

KUALA LUMPUR: Keputusan Bront Palarae menerima lamaran sutradara tersohor Indonesia, Joko Anwar untuk membintangi filem seram Pengabdi Setan tepat.

Bukan hanya popularitinya melonjak di Indonesia, filem itu berjaya mengorak langkah buat pelakon berusia 39 tahun itu melebarkan sayapnya dalam dunia lakonan ke peringkat antarabangsa.

Pengabdi Setan kini bakal ke persada antarabangsa selepas terpilih untuk menyertai Festival Filem What the Fest!? bakal berlangsung di New York dari 29 Mei hingga 1 April depan.

Paling membanggakan, Pengabdi Setan merupakan satu-satunya filem dari Asia yang terpilih untuk menyertai festival yang menghimpunkan karya-karya seram dan sains fiksyen terbaik dari serata dunia itu tahun ini.

Sepuluh filem lagi adalah dari Perancis, Norway, Amerika Syarikat, Switzerland, Britain dan Poland turut terpilih untuk dipertontonkan di festival filem itu.

Ini kali kedua Pengabdi Setan, yang merupakan filem terbitan syarikat produksi, Rapi Filem ini terpilih untuk menyertai festival filem merentasi benua.

Februari lalu Pengabdi Setan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) 2018 di Belanda.

Filem terlaris Indonesia 2017 itu juga bakal ditayangkan di 42 negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here