Budak terperangkap dalam kereta

0
65



Klang: Hasrat pasangan suami isteri keluar beraya terbantut apabila anak lelaki mereka yang berusia dua tahun terperangkap hampir sejam di dalam kereta di depan rumah di Jalan Tepi Sungai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa memasuki kereta utiliti sukan (SUV) jenis Audi Q7 berkenaan tanpa pengetahuan mereka yang bersiap di dalam rumah.

Difahamkan, kanak-kanak itu tertekan butang kunci pintu pada alat kawalan jauh di dalam kereta.

Bagaimanapun, mangsa diselamatkan bomba yang memecahkan cermin dengan peralatan khas selepas usaha membuka pintu kereta gagal.

Jurucakap bomba berkata, sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan jam 11.25 pagi.

“Ketika tiba dirumah itu, kanak-kanak mangsa masih terperangkap di dalam kereta dan menangis kerana terlalu panik.

“Anggota bomba cuba membuka pintu kereta itu namun usaha hampir 30 minit gagal,” katanya, semalam.

Menurutnya, bagi mengelak perkara tidak diingini, bomba menggunakan peralatan khas bagi memecahkan cermin belakang kereta berkenaan.

“Pintu kereta dibuka dan mangsa dikeluarkan lalu diserahkan kepada kedua ibu bapanya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here