Bukan roti tisu, itu konsep 'future classic' – Rizalman sekolahkan netizen

0
19

PEREKA fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim, memaklumkan gaya persalinan pernikahan yang direka untuk Izara Aishah bukan sesuatu yang mudah untuk dihasilkan.

Kata Rizalman, persalinan dengan tema future classic itu diilhamkan selepas berbulan mencari idea dari pelbagai sumber, dari seluruh dunia.

Ia sekaligus menjawab kritikan netizen berhubung pakaian yang dipakai Izara dalam majlis pernikahannya yang berlangsung semalam itu.

BACA: Izara Aishah sah isteri Adib Khalid dengan sekali lafaz

Melalui laman sosial, netizen yang tidak berpuas hati melemparkan kritikan terhadap pakaian yang digayakan Izara, biarpun ia dilihat sopan dan tidak mendedahkan.

Antara yang menjadi perbualan adalah fesyen kerudung atau veil yang dikatakan pelik.

Malah netizen tidak teragak-agak menyamakannya dengan ‘roti tisu’.

BACA: Izara Aishah cantik macam ‘mannequin’ di malam berinai

Portal mstar pula melaporkan, Rizalman tidak kisah dengan kritikan yang dilemparkan kerana apa yang penting, pengantin menyukai rekaan yang dihasilkannya.

“Kerudung itu adalah ilham daripada songket keras yang digunakan zaman Diraja dahulu.

“Biasalah, apabila bercakap tentang fesyen, bukan semua orang akan suka dengan apa yang kita gayakan,” kata Rizalman seperti yang dipetik dari portal berkenaan.

Semalam Izara, 25, sah bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam satu majlis yang berlangsung di Damansara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here