Buku 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' satu jenaka – White House

0
39
Advertisement

WASHINGTON: White House menyifatkan buku “Fire and Fury: Inside the Trump White House” yang menggambarkan imej negatif mengenai Presiden Amerika Syarikat dan pentadbirannya sebagai ‘memalukan’ dan ‘satu jenaka’.

Setiausaha Akhbar White House, Sarah Huckabee Sanders sebaliknya menyifatkan Presiden Donald Trump sebagai pemimpin yang hebat dan kuat.

Buku berkenaan hasil tulisan Michael Wolff yang memetik kenyataan bekas pembantu kanan Trump, Steve Bannon.

Kata Sanders, White House di bawah pentadbiran Trump terbukti berjaya pada tahun pertamanya.

“Sekiranya beliau (Trump) tidak layak, beliau tidak akan berada di sini, menewaskan calon-calon lain yang mana pemilihan beliau dalam parti Republikan mencipta sejarah sendiri,” tegasnya pada satu sidang media di White House.

BACA: Trump cuba henti pelancaran buku kontroversi ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’

Sanders juga mendakwa Steve Bannon tidak mempunyai kredibiliti menyumbang pendapat dalam kandungan buku berkenaan, kerana tempoh perkhidmatan di White House yang singkat.

Buku berkenaan juga dianggap satu kesilapan besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here